
BEN ASHAARI
Thursday, May 27, 2010
SELAMAT HARI KAMATAN SEMUA
hello,d kesempatan nie hipo mau mengucapkan selamat hari kamatan ah...sedih lor x dpt balik sabah..huhu..tp x apalah..taun depan ada lg..yahoo..enjoys..:-)

MACAM MODEL??
Tuesday, May 18, 2010
STACY JADI DUTA
STRESS ATAU KATA LAIN TEKANAN

Telah banyak artikel yang ditulis berkaitan dengan stress atau dalam erti kata sebenar ialah tekanan. Namun, berapa ramai antara kita yang menitikberatkan berkenaan maksud sebenar stress dan berupaya untuk menjadi lebih baik atau mengawalnya. Secara umumya, masyarakat yang sentiasa mempertingkatkan diri untuk mahu seiring dengan pembangunan akan memyebabkan semakin ramai orang berada dalam keadaan stress. 10 CARA UNTUK MENANGANI STRESS
1. Senyum Kebanyakan kita bila berhadapan dengan masalah pasti kita akan tarik muka seribu. Paling tidak pun kita pasti akan mengeluh…dan mula bercakap seorang-seorang, betul tidak? apa kata bila kita hadapi tekanan seperti ini kita senyum dahulu. Bila kita senyum, pasti sedikit tekanan akan reda..Cubalah..
2. Bersendirian. Ada sesetengah orang suka bersendirian..memencil diri untuk mencari ketenangan seketika. Di sini kita renungkan kembali apa yang berlaku dan ambilah iktibar dari sudut yang positif setiap perkara yang terjadi itu kemudian perbaiki pada keadaan yang lebih baik.
3. Bertenang. Jangnlah berserabutkan lagi keadaan yang sedia ada. Tarik nafas dalam-dalam dan hembuskannya secara perlahan-lahan. Cuba elakkan diri anda dari membuat sebarang keputusan dalam keadaan tertekan. Ini kerana keputusan itu mungkin bersandarkan pada emosi anda semata-mata. Bukan itu sahaja malahan jika tiada perincian yang dibuat dalam keputusan tersebut takut sebarang kemudaratan akan berlaku nanti.
4. Berbuat baiklah pada insan. Cuba kurangkan perbuatan dari menyakiti hati orang di sekeliling anda. Seandainya anda terlihat seseorang yang boleh membuatkan anda stress, adalah lebih baik anda janganlah memandang dia. Terus jika anda mendengar akan percakapannya adalah lebih afdal anda mendiamkan diri, pekakkan telinga.
5. Jadilah insan yang berhati luhur dan pemaaf. Bunyi memang senang tapi bila kita hendak melakukannya mungkin agak sukar. Tapi itulah yang harus anda lakukannya. Hanya dengan cara inilah pasti hati anda akan berlapang dada dan sekaligus stress anda akan berkurangan.
6. Peluk. Anda pasti akan rasa lebih tenang dan damai di dalam hati jika dapat memeluk makhluk lain. Maksud disini jika anda mempunyai teman baik perempuan sama perempuan anda peluklah dia, jika anda memiliki anak patung (teddy bear) peluklah ia dengan erat. Begitu juga jika anda mempunyai haiwan peliharaan seperti kucing anda juga boleh memeluk atau mengusap ia. Dengan cara ini ia dapat meredakan sedikit tekanan atau kemarahan anda.
7. Lavender. Bagi yang suka pada aroma terapi minyak lavender amat sesuai sekali untuk meredakan tahap stress anda. Ini kerana minyak lavender dikenali sebagai herba penenang yang boleh mengurangkan atau mensurutkan stress anda. (Selalunya ia diamalkan pada waktu malam).
8. Kasih sayang. Terapi yang mudah kita dapat melalui kawan-kawan, anak-anak atau pasangan kamu (yang berkahwin), anak saudara, ibu bapa. Dengan adanya kasih sayang dari mereka-inilah sumber kekuatan anda pasti tidak akan susut kerana sebenarnya anda tidak berseorangan didunia ini.
9. Allah. Ikutilah perintah dan suruhanNYA, tinggalkanlah perkara yang dilarangNYA hayatilah setiap bait-bait ayat dariNYA nescaya anda tidak akan rugi walau sesaat.
10. Ceria. Janganlah bebankan fikiran dengan semua perkara yang ada disekeliling anda setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kita hidup didunia ini hanya untuk sekali sahaja jadi, nikmatilah hari ini dengan seadanya dengan penuh bermakna. Stress perlu ditangani secara bijak untuk mengelakkan kesan yang lebih teruk dan tidak berpanjagan. Tidak dinafikan stress boleh mengakibatkan seseorang cepat melenting dan amat mudah untuk bertindak di luar kawalan. Semoga, dengan adanya cara mengatasi stress diatas kita dapat menghidari stress.
ERTI SEBUAH PERSAHABATAN

Dalam menjalin sebuah persahabatan yang murni dan abadi, ia memerlukan pengorbanan yang besar. Bila kita berkenalan dengan seseorang dan kita suka padanya maka kita pasti mahu menjalin ikatan persahabatan yang kekal lama dengannya. Namun banyak dugaan dan rintangan yang akan mengiringi persahabatan itu sehinggakan ia boleh memusnahtan sebuah erti persahabatan. Oleh itu, setiap insan perlu sedar bahawa pentingnya menjaga persahabatan yang dimilikinya. Antara cara menjaga hubungan persabahatan
* Saling memberi kebebasan Persahabatan memberi kita ruang untuk berkongsi suka duka bersama dan bukannya untuk saling menyakiti dan membenci di antara satu sama lain. Tetapi menjadi sahabat baik juga tidak bermakna kamu harus memiliki seluruh ruang hidupnya. Misalnya, melarang temanmu membuat itu dan ini. Malah kamu juga sibuk mengatur perjalanan hidupnya. Ini jelas menunjukkan kamu terlalu mementingkan perasaan sendiri tanpa mempedulikan perasaan orang lain. Apalah salahnya jika kamu saling menghormati hak kebebasan dirinya. Dan apa yang penting, si dia jujur pada persahabatannya.
* Saling menahan rasa cemburu Ramai yang berkata cemburu itu bunganya cinta. Tanpa cemburu, persahabatan yang dibina tidak terasa bahangnya. Tetapi cemburu yang membabi buta boleh menjejaskan hubungan. Ada baiknya sebelum api cemburumu memuncak, cuba selidiki dahulu kebenarannya. Jika ada yang tidak kena, tanyalah temanmu itu dengan baik tanpa bersikap marah dan menuduh. Usahakan untuk berbicara dengan fikiran yang matang dan tenang. Sebenarnya perasaan cemburu ini tidak perlu terlalu ditonjolkan kerana ini boleh membuatkan temanmu itu naik tocang. Dia akan mempergunakan kelemahan kamu itu untuk membuat kamu berasa cemburu dengannya berulang kali. Tentu sakit rasanya.
* Saling memahami Untuk menjadi sahabat yang baik kamu harus berusaha memahami dan mengenali diri sendiri serta permasalahannya dengan lebih mendalam. Misalnya temanmu itu menolak ajakanmu untuk keluar menonton wayang bersama, kamu tidak boleh membuat tanggapan yang bukan-bukan tentang dirinya. Mungkin dia mempunyai urusan yang mesti diselesaikan terlebih dahulu. Adalah lebih baik kamu mencari hiburan sendiri lagipun esok masih ada masa untuk kamu bertemu dia.
* Saling mengalah Demi menyelamatkan hubungan, tidak ada ruginya sekali sekala kamu bersikap mengalah. Kamu dan si dia sering bercanggah pendapat. Seperti menonton wayang, kamu sukakan filem romantik tetapi dia pula suka filem aksi. Oleh kerana sayangkan tali persahabatan yang telah terbina sekian lama maka si dia sentiasa menuruti segala kemahuanmu semata-mata mahu menjaga hati dan perasaanmu. Tetapi bila difikirkan semula, apalah salahnya sekali sekala kamu pula yang beralah dan cuba belajar memahami minatnya. Situasi ini tentu akan membuat si dia berasa bahagia dan lebih menyayangi dirimu.
* Saling memberi kemaafan Memaafkan perlu tetapi tidak mudah selagi perasaan kesal dan kecewa menguasai diri. Tetapi sebagai insan biasa, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan dan kesilapan. Lagipun, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula kita sesama sendiri. Belajar menjadi seorang teman yang sudi memberi kemaafan kepada orang lain biarpun kamu sendiri tahu perkara itu bukanlah berpunca dari kesalahan atau kesilapan dirimu.> kepada semua teman-teman ku, aku amat berterima kasih dan bersyukur kepada yang Maha Esa kerana diberi anugerah teman sebaik kalian. Semangat & dorongan kalian berikan telah memberi satu kekuatan kepada diri ini untuk meneruskan perjuangan menghadapi dugaan dan cabaran dalam menempuhi kehidupan seharian. Tanpa kalian, tidak mungkin aku mampu untuk memcapai impian dan harapan yang selama ini tersemat di dalam hati. Miss u All My FRIEND....

study week..

Sunday, May 16, 2010
Tuesday, May 11, 2010
Sunday, May 9, 2010
Haliuuu,wahhh lama x update blog nie... bz sgt..biasalah masa untk pratikal..so skrg time free,tgk2 blog baru rajin mau bt...so pratikal sdh berakhir..fuhh,x lama lg mau exam..perah utak lah nie..adidiidi...mcm blm persediaan jah nie..isssh2..ada lah gmbr2 sy selitkan d cnie..apalah sy bt time d kota tinggi tuh..jom2 tgk..
Subscribe to:
Posts (Atom)