Blogger Layouts

BEN ASHAARI

Tuesday, May 18, 2010

STRESS ATAU KATA LAIN TEKANAN



Telah banyak artikel yang ditulis berkaitan dengan stress atau dalam erti kata sebenar ialah tekanan. Namun, berapa ramai antara kita yang menitikberatkan berkenaan maksud sebenar stress dan berupaya untuk menjadi lebih baik atau mengawalnya. Secara umumya, masyarakat yang sentiasa mempertingkatkan diri untuk mahu seiring dengan pembangunan akan memyebabkan semakin ramai orang berada dalam keadaan stress. 10 CARA UNTUK MENANGANI STRESS

1. Senyum Kebanyakan kita bila berhadapan dengan masalah pasti kita akan tarik muka seribu. Paling tidak pun kita pasti akan mengeluh…dan mula bercakap seorang-seorang, betul tidak? apa kata bila kita hadapi tekanan seperti ini kita senyum dahulu. Bila kita senyum, pasti sedikit tekanan akan reda..Cubalah..

2. Bersendirian. Ada sesetengah orang suka bersendirian..memencil diri untuk mencari ketenangan seketika. Di sini kita renungkan kembali apa yang berlaku dan ambilah iktibar dari sudut yang positif setiap perkara yang terjadi itu kemudian perbaiki pada keadaan yang lebih baik.

3. Bertenang. Jangnlah berserabutkan lagi keadaan yang sedia ada. Tarik nafas dalam-dalam dan hembuskannya secara perlahan-lahan. Cuba elakkan diri anda dari membuat sebarang keputusan dalam keadaan tertekan. Ini kerana keputusan itu mungkin bersandarkan pada emosi anda semata-mata. Bukan itu sahaja malahan jika tiada perincian yang dibuat dalam keputusan tersebut takut sebarang kemudaratan akan berlaku nanti.

4. Berbuat baiklah pada insan. Cuba kurangkan perbuatan dari menyakiti hati orang di sekeliling anda. Seandainya anda terlihat seseorang yang boleh membuatkan anda stress, adalah lebih baik anda janganlah memandang dia. Terus jika anda mendengar akan percakapannya adalah lebih afdal anda mendiamkan diri, pekakkan telinga.

5. Jadilah insan yang berhati luhur dan pemaaf. Bunyi memang senang tapi bila kita hendak melakukannya mungkin agak sukar. Tapi itulah yang harus anda lakukannya. Hanya dengan cara inilah pasti hati anda akan berlapang dada dan sekaligus stress anda akan berkurangan.

6. Peluk. Anda pasti akan rasa lebih tenang dan damai di dalam hati jika dapat memeluk makhluk lain. Maksud disini jika anda mempunyai teman baik perempuan sama perempuan anda peluklah dia, jika anda memiliki anak patung (teddy bear) peluklah ia dengan erat. Begitu juga jika anda mempunyai haiwan peliharaan seperti kucing anda juga boleh memeluk atau mengusap ia. Dengan cara ini ia dapat meredakan sedikit tekanan atau kemarahan anda.

7. Lavender. Bagi yang suka pada aroma terapi minyak lavender amat sesuai sekali untuk meredakan tahap stress anda. Ini kerana minyak lavender dikenali sebagai herba penenang yang boleh mengurangkan atau mensurutkan stress anda. (Selalunya ia diamalkan pada waktu malam).

8. Kasih sayang. Terapi yang mudah kita dapat melalui kawan-kawan, anak-anak atau pasangan kamu (yang berkahwin), anak saudara, ibu bapa. Dengan adanya kasih sayang dari mereka-inilah sumber kekuatan anda pasti tidak akan susut kerana sebenarnya anda tidak berseorangan didunia ini.

9. Allah. Ikutilah perintah dan suruhanNYA, tinggalkanlah perkara yang dilarangNYA hayatilah setiap bait-bait ayat dariNYA nescaya anda tidak akan rugi walau sesaat.

10. Ceria. Janganlah bebankan fikiran dengan semua perkara yang ada disekeliling anda setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kita hidup didunia ini hanya untuk sekali sahaja jadi, nikmatilah hari ini dengan seadanya dengan penuh bermakna. Stress perlu ditangani secara bijak untuk mengelakkan kesan yang lebih teruk dan tidak berpanjagan. Tidak dinafikan stress boleh mengakibatkan seseorang cepat melenting dan amat mudah untuk bertindak di luar kawalan. Semoga, dengan adanya cara mengatasi stress diatas kita dapat menghidari stress.

No comments:

Post a Comment